Followers

Wednesday, October 31, 2012

Utusan Malaysia : Gaya sophie paris



info daripada utusan Malaysia > Gaya Sophie Paris

Gaya Sophie Paris


Fara Fauzana Mohd Fadzil dan Antoine Durieux (kiri) ketika melancarkan katalog ke-7 Sophie Paris di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
membeli-belah menerusi katalog bukan sesuatu yang baru malah menjadi kegemaran di kalangan sebilangan wanita biarpun terdapat kelebihan dan kelemahan terhadap kaedah pemasaran ini.
Pembeli mungkin tidak dapat melihat atau membelek secara nyata produk yang dijual, tetapi pada masa sama mereka juga dapat menjimatkan masa dan tenaga tidak perlu bersesajk di jalan semata-mata untuk keluar membeli sebuah beg tangan.
Strategi pemasaran ini juga membantu mewujudkan 'ahli perniagaan' melalui wakil-wakil penjual sebagaimana yang diamalkan oleh jenama beg terkenal, Sophie Paris yang mendekati para peminatnya melalui katalog .
Hasilnya, walaupun jenama tersebut tidak sampai 10 bulan berada di Malaysia namun keahliannya telah mencecah ke angka 36,000.
"Sejak dilancarkan iaitu pada Januari lalu koleksi yang diperkenalkan hanyalah beg tangan dan dompet.
"Tapi kini peminat jenama kami boleh bergaya dari hujung rambut ke hujung kaki dengan koleksi dari Sophie Paris," ujar Antoine Durieux, Pengarah Urusan Sophie Paris Malaysia pada majlis pelancaran katalog ke-7 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pelancaran disempurnakan oleh penyampai radio dan pengacara terkenal, Fara Fauzana Mohd Fadzil yang wajahnya turut menghiasi katalog ke-7 Sophie Paris.
Durieux berkata, pemilihan Fara Fauzana dibuat kerana kecantikan serta minat selebriti tersebut terhadap dunia fesyen.
"Fara Fauzana bukan saja dipilih menjadi editor jemputan, malah beliau juga menggayakan beberapa pilihan fesyen yang dipaparkan dalam katalog tersebut.
"Bukan itu saja beliau juga merupakan selebriti pertama Malaysia dipilih menghiasi katalog ke-7 kami," katanya.
Sementara itu Fara yang berbesar hati menerima pelawaan jenama inspirasi kota Paris itu menyifatkan koleksi pakaian dari Sophie Paris memang menarik hatinya.
Bagi Fara, koleksi pakaian yang digayakan bukan sahaja sesuai untuk mereka yang ingin bergaya malah bagi mereka yang memakai tudung juga boleh memakainya.
Terbaharu jenama ini turut memperkenalkan koleksi kasut yang memberi pelbagai lagi pilihan buat pencinta jenama ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Feminin/20121031/fe_03/Gaya-Sophie-Paris#ixzz2AqGIVynr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment